Perarakan Sempena Maulidurrasul 1430H Peringkat Daerah Lawas diadakan pada 15 Mac 2009 dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Lawas telah menyertai perarakan tersebut dan sekaligus menyertai pertandingan sepanduk antara jabatan. Namun pada tahun 2009 jabatan kita tidak dapat mengekalkan kejuaraan yang telah disandang pada tahun 2008 di antara jabatan di Daerah Lawas dengan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM 400 beserta piala. Komitmen di kalangan anggota kita dalam perarakan tersebut menambahkan lagi kerjasama serta sokongan untuk meneruskan aktiviti keagamaan dari masa ke semasa.Tahniah diucapkan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan