Satu pameran sempena Karnival Generasi Bebas Jenayah yang telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Merapok, Lawas yang mana dirasmikan oleh YB Datuk Henry Sum Agung pada 4 April 2009. Beberapa agensi kerajaan terlibat dalam pameran tersebut dan ianya dapat memberikan pendedahan kepada masyarakat setempat khasnya belia-belia serta penduduk Kampung Merapok. Jabatan Bomba dan Penyelamat tidak ketinggalan dalam mempamerkan peralatan, gambar-ganbar dan mengedarkan risalah-risalah yang mana mendapat sambutan ramai. YB Datuk Henry Sum Agung sempat melawat ke pondok pameran untuk sama-sama meninjau dan beliau mencadangkan supaya setiap rumah diadakan alat pemadam api untuk tujuan pencegahan dan keselamatan agar tindakan awal dapat dilakukan sebelum ketibaan Pasukan Bomba dan Penyelamat ke tempat kejadian.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan