Ahad, 10 Mei 2009

DEMONSTRASI MEMADAM KEBAKARAN SEMPENA HARI BERSAMA PELANGGAN DI DAERAH LAWAS

Hari bersama pelanggan anjuran Hospital Daerah Lawas sempena menyambut 40 tahun pihak hospital telah diadakan pada 9 Mei 2009 bertempat berdekatan Pasar Besar Lawas. Jabatan Bomba di mana Balai Bomba dan Penyelamat Lawas dijemput untuk menjalankan aktiviti bersama pelanggan iaitu demonstrasi memadam kebakaran dengan menggunakan alat pemadam api. Seramai 8 orang pegawai bomba termasuk Ketua Balai bersama-sama menjayakan program tersebut. Sambutan amat menggalakan daripada masyarakat setempat dan pengunjung dari luar Daerah Lawas di mana mereka diberi peluang dan kesempatan untuk mencuba sendiri menggunakan alat untuk memadam kebakaran. Ini penting supaya di kalangan orang ramai mendapat kesedaran, ilmu pengetahuan dan keyakinan dalam bertindak sendiri semasa dalam kecemasan dan ianya boleh menyelamatkan nyawa dan harta benda sebelum ketibaan pasukan bomba ke tempat kejadian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan