PADA 4 FEBRUARI 2012 (SABTU) KIRA-KIRA JAM 1430 PETANG SATU CERAMAH DAN DEMONSTRASI MEMADAM KEBAKARAN TELAH DIADAKAN DI BBP LAWAS YANG MELIBATKAN STAFF SHELL LAWAS SERAMAI 9 ORANG TERMASUK PENGURUS SHELL ENCIK HARITH LIAW ABDULLAH.
AKTIVITI INI DIADAKAN BERTUJUAN UNTUK MEMBERI PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN KEPADA STAFF SHELL LAWAS KHUSUSNYA BAGI PERSEDIAAN DALAM MENGHADAPI SEBARANG KECEMASAN SEPERTI KEBAKARAN IAITU DALAM PENGGUNAAN ALAT PEMADAM API.
KETUA BALAI ENCIK ZAKI HUSSIN MEMBERI NASIHAT KEPADA SEMUA PESERTA YANG HADIR SUPAYA SENTIASA PEKA DALAM APA JUA SITUASI YANG MELIBATKAN KECEMASAN SEPERTI KEBAKARAN YANG MANA TINDAKAN AWAL ADALAH PENTING DAN BOLEH MENYELAMATKAN NYAWA SEKIRANYA TINDAKAN BETUL SEBELUM PASUKAN BOMBA TIBA. NAMUN KESELAMATAN NYAWA ADALAH PENTING DIUTAMAKAN SEBELUM MEMBUAT SESUATU TINDAKAN PEMADAMAN.
SEBELUM BERSURAI STAFF SHELL LAWAS SEMPAT BERGAMBAR BERSAMA-SAMA YS KETUA BALAI DAN PASUKAN BRAVO YANG TERLIBAT DALAM DEMONSTRASI TERSEBUT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan