Pada 28 November 2011 kira-kira jam 1430 petang satu Program Berkhatan Beramai-Ramai dan Kem Kesihatan Kuala Lawas Anjuran oleh PERKIP Cawangan Lawas diadakan bertempat di Dewan Serbaguna Kpg Noor Islam Kuala Lawas. Majlis tersebut telah dihadiri oleh YB Datuk Amar Hj Awang Tengah Bin Ali Hassan Menteri Perancangan Sumber & Alam Sekitar II Menteri Kemudahan Awam & Menteri Pembangunan Perindustrian Sarawak.
Antara aturcara program ialah majlis bersiram untuk peserta yang akan berkhatan di mana Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dijemput untuk menjayakan majlis tersebut dan jentera bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Lawas digunakan untuk perasmian aktiviti tersebut dan dilakukan oleh YB Datuk Amar Hj Awang Tengah Bin Ali Hassan. Majlis bersiram telah mendapat perhatian penduduk kampung serta wartawan yang merupakan gimik perasmian program berkhatan beramai-ramai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan