Jumaat, 11 Mei 2012

Jumaat, 10 Februari 2012

PENYAMPAIAN SIJIL TEMAN PILI BOMBA





PADA 9 FEBRUARI 2012 PENYAMPAIAN SIJIL TEMAN PILI BOMBA DILAKSANAKAN OLEH YS KETUA BALAI BBP LAWAS EN ZAKI BIN HUSSIN BERSAMA ANGGOTA KE TEMPAT RUMAH KEDIAMAN MEREKA YANG TELAH DILANTIK SEBAGAI PENERIMA SIJIL TEMAN PILI BOMBA  DI MANA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA MEMBERI PENUH KEPERCAYAAN KEPADA PENERIMA TERSEBUT UNTUK MENJAGA DAN MEMANTAU KEADAAN PILI BOMBA DARI MASA KE SEMASA.
SETAKAT 2011 JUMLAH TEMAN PILI BOMBA IALAH 44 UNIT DAN SASARAN UNTUK TAHUN 2012 IALAH 70 UNIT.

Isnin, 6 Februari 2012

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MENDAPAT TEMPAT KETIGA PERTANDINGAN SEPANDUK SEMPENA SAMBUTAN MAULIDURASUL 1433H PERINGKAT DAERAH LAWAS 2012H



SAMBUTAN MAULIDURASUL PERINGKAT DAERAH LAWAS TELAH DIADAKAN PADA 5 FEBRUARI 2012 DIPERKARANGAN MASJID BESAR LAWAS. PERARAKAN DIMULAKAN DI PERKARANGAN MP THEATRE HOTEL SERI MALAYSIA LAWAS YANG DI KETUAI OLEH YB DATUK AMAR HJ AWANG TENGAH BIN ALI HASAN MENTERI PERANCANGAN & PENGURUSAN SUMBER II, MENETRI KEMUDAHAN AWAM DAN MENTERI PERINDUSTRIAN SARAWAK. BAGI MENISI PROGRAM TERSEBUT BEBERAPA PERTANDINGAN DIJALANKAN IAITU PERTANDINGAN SEPANDUK, HADRAH DAN PERSEMBAHAN NASYID. DALAM PERTANDINGAN SEPANDUK JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA LAWAS TELAH MENDAPAT TEMPAT KETIGA DENGAN MENERIMA PIALA DAN WANG TUNAI. SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA WARGA BOMBA YANG TERLIBAT DI ATAS KERJASAMA DAN KOMITMEN YANG TELAH DIBERIKAN.

CERAMAH DAN DEMONSTRASI MEMADAM KEBAKARAN STAFF SHELL LAWAS







PADA 4 FEBRUARI 2012 (SABTU) KIRA-KIRA JAM 1430 PETANG SATU CERAMAH DAN DEMONSTRASI MEMADAM KEBAKARAN TELAH DIADAKAN DI BBP LAWAS YANG MELIBATKAN STAFF SHELL LAWAS SERAMAI 9 ORANG TERMASUK PENGURUS SHELL ENCIK HARITH LIAW ABDULLAH.
AKTIVITI INI DIADAKAN BERTUJUAN UNTUK MEMBERI PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN KEPADA STAFF SHELL LAWAS KHUSUSNYA BAGI PERSEDIAAN DALAM MENGHADAPI SEBARANG KECEMASAN SEPERTI KEBAKARAN IAITU DALAM PENGGUNAAN ALAT PEMADAM API.
KETUA BALAI ENCIK ZAKI HUSSIN MEMBERI NASIHAT KEPADA SEMUA PESERTA YANG HADIR SUPAYA SENTIASA PEKA DALAM APA JUA SITUASI YANG MELIBATKAN KECEMASAN SEPERTI KEBAKARAN YANG MANA TINDAKAN AWAL ADALAH PENTING DAN BOLEH MENYELAMATKAN NYAWA SEKIRANYA TINDAKAN BETUL SEBELUM PASUKAN BOMBA TIBA. NAMUN KESELAMATAN NYAWA ADALAH PENTING  DIUTAMAKAN SEBELUM MEMBUAT SESUATU TINDAKAN PEMADAMAN.
SEBELUM BERSURAI STAFF SHELL LAWAS SEMPAT BERGAMBAR BERSAMA-SAMA YS KETUA BALAI DAN PASUKAN BRAVO YANG TERLIBAT DALAM DEMONSTRASI TERSEBUT.

Isnin, 5 Disember 2011

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA DIJEMPUT MENJAYAKAN PROGRAM MAJLIS BERKHATAN BERAMAI-RAMAI





Pada 28 November 2011 kira-kira jam 1430 petang satu Program Berkhatan Beramai-Ramai dan Kem Kesihatan Kuala Lawas Anjuran oleh PERKIP Cawangan Lawas diadakan bertempat di Dewan Serbaguna Kpg Noor Islam Kuala Lawas. Majlis tersebut telah dihadiri oleh YB Datuk Amar Hj Awang Tengah Bin Ali Hassan Menteri Perancangan Sumber & Alam Sekitar II Menteri Kemudahan Awam & Menteri Pembangunan Perindustrian Sarawak.
Antara aturcara program ialah majlis bersiram untuk peserta yang akan berkhatan di mana Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dijemput untuk menjayakan majlis tersebut dan jentera bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Lawas digunakan untuk perasmian aktiviti tersebut dan dilakukan oleh YB Datuk Amar Hj Awang Tengah Bin Ali Hassan. Majlis bersiram telah mendapat perhatian penduduk kampung serta wartawan yang merupakan gimik perasmian program berkhatan beramai-ramai.

Khamis, 1 Disember 2011

LAWATAN KETUA PENGARAH JBPM KE BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT LAWAS PADA 19 NOVEMBER 2011




   Pada 19 November 2011 satu Lawatan Kerja YAS Dato' Wan Mohd Bin Haji Ibrahim Ketua Pengarah JBPM ke Balai Bomba dan Penyelamat Lawas berjalan lancar di mana ketibaan YAS Dato' telah disambut oleh YS Ketua Balai BBP Lawas En Zaki Hussin dan seterusnya menerima tabik hormat daripada Kawalan Quarter Guard BBP Lawas.
     Antara aturcara majlis ialah ucapan aluan dan taklimat daripada YS Ketua Balai, ucaptama daripada YAS Dato' Ketua Pengarah, Penyampaian Pingat Cemerlang Bomba kepada 9 orang penerima, sesi dialog bersama anggota, penyampai cenderahati dan sesi bergambar.
     Sebelum berangkat balik YAS Dato' diberi penghormatan dengan menerima tabik hormat daripada Kawalan Quarter Guard BBP Lawas diketuai oleh PBK II Rary Ak. Binjie. Turut menghadiri majlis tersebut ialah YS Pengarah JBPM Negeri Sarawak PKPjB Nor Hisham Bin Mohamad, PPjB Sobrie Bin Basiran Pen Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan Korporat JBPM dan PgB Anuar Shadzat Bin Merdzuki Ketua Zon Limbang

LAWATAN KELAB 3K SK PUNANG KE BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT LAWAS PADA 14.11.2011




Lawatan sambil belajar Kelab 3K SK Punang kali yang kedua ke Balai Bomba dan Penyelamat Lawas telah diadakan pada 14 November 2011 yang melibatkan seramai 25 orang murid Pra Sekolah dan 2 orang guru pengiring kira-kira jam 0900 hingga 1000 pagi. Aktiviti yang dijalankan sepanjang lawatan ialah Demonstrasi Pasukan Operasi menerima panggilan kecemasan dan menghadiri operasi pemadaman kebakaran, penglibatan Ahli Kelab 3K dalam penggunaan peralatan pemadaman, menyertai pertandingan mewarna dan penyampaian hadiah kepada pemenang serta penerima saguhati. Aktiviti diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai.