Jumaat, 11 Mei 2012
Jumaat, 10 Februari 2012
PENYAMPAIAN SIJIL TEMAN PILI BOMBA
PADA 9 FEBRUARI 2012 PENYAMPAIAN SIJIL TEMAN PILI BOMBA DILAKSANAKAN OLEH YS KETUA BALAI BBP LAWAS EN ZAKI BIN HUSSIN BERSAMA ANGGOTA KE TEMPAT RUMAH KEDIAMAN MEREKA YANG TELAH DILANTIK SEBAGAI PENERIMA SIJIL TEMAN PILI BOMBA DI MANA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA MEMBERI PENUH KEPERCAYAAN KEPADA PENERIMA TERSEBUT UNTUK MENJAGA DAN MEMANTAU KEADAAN PILI BOMBA DARI MASA KE SEMASA.
SETAKAT 2011 JUMLAH TEMAN PILI BOMBA IALAH 44 UNIT DAN SASARAN UNTUK TAHUN 2012 IALAH 70 UNIT.
Isnin, 6 Februari 2012
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MENDAPAT TEMPAT KETIGA PERTANDINGAN SEPANDUK SEMPENA SAMBUTAN MAULIDURASUL 1433H PERINGKAT DAERAH LAWAS 2012H
SAMBUTAN MAULIDURASUL PERINGKAT DAERAH LAWAS TELAH DIADAKAN PADA 5 FEBRUARI 2012 DIPERKARANGAN MASJID BESAR LAWAS. PERARAKAN DIMULAKAN DI PERKARANGAN MP THEATRE HOTEL SERI MALAYSIA LAWAS YANG DI KETUAI OLEH YB DATUK AMAR HJ AWANG TENGAH BIN ALI HASAN MENTERI PERANCANGAN & PENGURUSAN SUMBER II, MENETRI KEMUDAHAN AWAM DAN MENTERI PERINDUSTRIAN SARAWAK. BAGI MENISI PROGRAM TERSEBUT BEBERAPA PERTANDINGAN DIJALANKAN IAITU PERTANDINGAN SEPANDUK, HADRAH DAN PERSEMBAHAN NASYID. DALAM PERTANDINGAN SEPANDUK JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA LAWAS TELAH MENDAPAT TEMPAT KETIGA DENGAN MENERIMA PIALA DAN WANG TUNAI. SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA WARGA BOMBA YANG TERLIBAT DI ATAS KERJASAMA DAN KOMITMEN YANG TELAH DIBERIKAN.
CERAMAH DAN DEMONSTRASI MEMADAM KEBAKARAN STAFF SHELL LAWAS
PADA 4 FEBRUARI 2012 (SABTU) KIRA-KIRA JAM 1430 PETANG SATU CERAMAH DAN DEMONSTRASI MEMADAM KEBAKARAN TELAH DIADAKAN DI BBP LAWAS YANG MELIBATKAN STAFF SHELL LAWAS SERAMAI 9 ORANG TERMASUK PENGURUS SHELL ENCIK HARITH LIAW ABDULLAH.
AKTIVITI INI DIADAKAN BERTUJUAN UNTUK MEMBERI PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN KEPADA STAFF SHELL LAWAS KHUSUSNYA BAGI PERSEDIAAN DALAM MENGHADAPI SEBARANG KECEMASAN SEPERTI KEBAKARAN IAITU DALAM PENGGUNAAN ALAT PEMADAM API.
KETUA BALAI ENCIK ZAKI HUSSIN MEMBERI NASIHAT KEPADA SEMUA PESERTA YANG HADIR SUPAYA SENTIASA PEKA DALAM APA JUA SITUASI YANG MELIBATKAN KECEMASAN SEPERTI KEBAKARAN YANG MANA TINDAKAN AWAL ADALAH PENTING DAN BOLEH MENYELAMATKAN NYAWA SEKIRANYA TINDAKAN BETUL SEBELUM PASUKAN BOMBA TIBA. NAMUN KESELAMATAN NYAWA ADALAH PENTING DIUTAMAKAN SEBELUM MEMBUAT SESUATU TINDAKAN PEMADAMAN.
SEBELUM BERSURAI STAFF SHELL LAWAS SEMPAT BERGAMBAR BERSAMA-SAMA YS KETUA BALAI DAN PASUKAN BRAVO YANG TERLIBAT DALAM DEMONSTRASI TERSEBUT.
Langgan:
Catatan (Atom)