Pada 03 Oktober, 2010 Kempen Pencegahan dan Keselamatan Kebakaran telah diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Pemukat Kuala Lawas, Lawas. Beberapa aktiviti telah diatur sepanjang Kempen tersebut di antaranya seperti sesi ceramah pencegahan dan keselamatan kebakaran dan tatacara penggunaan alat pemadam api, pertandingan mewarna untuk murid tadika dan pertandingan kawad membentang hos khusus kepada ahli Pasukan Bomba Sukarela Kampung Pemukat Kuala Lawas.
Kempen tersebut dirasmikan oleh Yang Setia Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Negeri Sarawak, Tuan Mohd. Zaki Bin Omar di mana beliau melepaskan peserta pertandingan kawad membentang hos di garis permulaan sebagai gimik upacara perasmian. Dalam ucapan perasmian, beliau menasihatkan kepada peserta kempen supaya memberi perhatian terhadap pencegahan dan keselamatan kebakaran khasnya di rumah kediaman dan menghayati panduan yang telah diberikan oleh penceramah sebagai persediaan bagi mengelak daripada berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini seperti kejadian kebakaran, kecederaan dan sebagainya. YS Ketua Balai BBP Lawas, En. Zaki Bin Hussin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah menjayakan kempen tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan