Ahad, 31 Oktober 2010

PERHIMPUNAN PELAJAR PASUKAN UNIT BERUNIFORM 1 MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA PERINGKAT DAERAH LAWAS, SARAWAK.

      Pada 30 Oktober, 2010 (Sabtu) kira-kira jam 1500 petang, satu Majlis Perhimpunan Pelajar Pasukan Beruniform Sekolah Rendah dan Menengah Sempena Sanbutan Hari Malaysia Peringkat Daerah Lawas telah diadakan di Padang Taman Bandar, Lawas. Perhimpunan tersebut dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Hj Awang Tengah Bin Ali Hassan Menteri Pengurusan Sumber II dan Menteri Kemudahan Awam Sarawak di mana seramai seribu orang pelajar menyertainya dan melibatkan 31 buah sekolah kesemuanya.
           Sebanyak 68 Pasukan Unit Beruniform telah memperagakan uniform masing-masing dan membawa jalur gemilang berukuran 120 meter panjang. Pasukan Kadet Bomba SMK Lawas telah terlibat dalam persembahan Kawad Formasi yang menarik dan merupakan acara kemuncak perhimpunan tersebut. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Kadet Bomba SMK Lawas dan jurulatih kadet dalam menjayakan aktiviti tersebut.

Jumaat, 15 Oktober 2010

KEMPEN PENCEGAHAN DAN KESELAMATAN KEBAKARAN DI KAMPUNG PEMUKAT KUALA LAWAS, LAWAS PADA 03 OKTOBER, 2010








Pada 03 Oktober, 2010 Kempen Pencegahan dan Keselamatan Kebakaran telah diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Pemukat Kuala Lawas, Lawas. Beberapa aktiviti telah diatur sepanjang Kempen tersebut di antaranya seperti sesi ceramah pencegahan dan keselamatan kebakaran dan tatacara penggunaan alat pemadam api, pertandingan mewarna untuk murid tadika dan pertandingan kawad membentang hos khusus kepada ahli Pasukan Bomba Sukarela Kampung Pemukat Kuala Lawas.

Kempen tersebut dirasmikan oleh Yang Setia Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Negeri Sarawak, Tuan Mohd. Zaki Bin Omar di mana beliau melepaskan peserta pertandingan kawad membentang hos di garis permulaan sebagai gimik upacara perasmian. Dalam ucapan perasmian, beliau menasihatkan kepada peserta kempen supaya memberi perhatian terhadap pencegahan dan keselamatan kebakaran khasnya di rumah kediaman dan menghayati panduan yang telah diberikan oleh penceramah sebagai persediaan bagi mengelak daripada berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini seperti kejadian kebakaran, kecederaan dan sebagainya. YS Ketua Balai BBP Lawas, En. Zaki Bin Hussin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah menjayakan kempen tersebut.