Ahad, 14 November 2010

CERAMAH PENGURUSAN BENCANA UNTUK KETUA-KETUA MASYARAKAT DAN AHLI BRIGED KEBAJIKAN PERDANA (BKP) DI DAERAH LAWAS 2010

PADA 10 NOVEMBER, 2010 (RABU), BERTEMPAT DI DEWAN MASYARAKAT DAERAH SUNDAR, LAWAS TELAH DIADAKAN CERAMAH PENGURUSAN BENCANA UNTUK KETUA-KETUA MASYARAKAT DAN AHLI BRIGED KEBAJIKAN PERDANA (BKP) PERINGKAT DAERAH LAWAS ANJURAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT BAHAGIAN LIMBANG. SERAMAI KIRA-KIRA 50 ORANG PESERTA MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM PROGRAM TERSEBUT. TENTATIF PROGRAM ADALAH BERMULA JAM 0830 PAGI HINGGA 1600 PETANG DI MANA JABATAN BOMBA DASN PENYELAMAT DIJEMPUT UNTUK MEMBERIKAN CERAMAH IAITU PERSIAPAN MENGHADAPI BENCANA YANG DISAMPAIKAN OLEH KETUA BALAI BBP LAWAS EN. ZAKI BIN HUSSIN. SEMENTARA  MAJLIS PENUTUPAN TELAH DIRASMIKAN OLEH PEGAWAI DAERAH LAWAS TN HJ MOHD. SUPAIH BIN HJ HAMDAN.





Ahad, 31 Oktober 2010

PERHIMPUNAN PELAJAR PASUKAN UNIT BERUNIFORM 1 MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA PERINGKAT DAERAH LAWAS, SARAWAK.

      Pada 30 Oktober, 2010 (Sabtu) kira-kira jam 1500 petang, satu Majlis Perhimpunan Pelajar Pasukan Beruniform Sekolah Rendah dan Menengah Sempena Sanbutan Hari Malaysia Peringkat Daerah Lawas telah diadakan di Padang Taman Bandar, Lawas. Perhimpunan tersebut dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Hj Awang Tengah Bin Ali Hassan Menteri Pengurusan Sumber II dan Menteri Kemudahan Awam Sarawak di mana seramai seribu orang pelajar menyertainya dan melibatkan 31 buah sekolah kesemuanya.
           Sebanyak 68 Pasukan Unit Beruniform telah memperagakan uniform masing-masing dan membawa jalur gemilang berukuran 120 meter panjang. Pasukan Kadet Bomba SMK Lawas telah terlibat dalam persembahan Kawad Formasi yang menarik dan merupakan acara kemuncak perhimpunan tersebut. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Kadet Bomba SMK Lawas dan jurulatih kadet dalam menjayakan aktiviti tersebut.

Jumaat, 15 Oktober 2010

KEMPEN PENCEGAHAN DAN KESELAMATAN KEBAKARAN DI KAMPUNG PEMUKAT KUALA LAWAS, LAWAS PADA 03 OKTOBER, 2010








Pada 03 Oktober, 2010 Kempen Pencegahan dan Keselamatan Kebakaran telah diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Pemukat Kuala Lawas, Lawas. Beberapa aktiviti telah diatur sepanjang Kempen tersebut di antaranya seperti sesi ceramah pencegahan dan keselamatan kebakaran dan tatacara penggunaan alat pemadam api, pertandingan mewarna untuk murid tadika dan pertandingan kawad membentang hos khusus kepada ahli Pasukan Bomba Sukarela Kampung Pemukat Kuala Lawas.

Kempen tersebut dirasmikan oleh Yang Setia Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Negeri Sarawak, Tuan Mohd. Zaki Bin Omar di mana beliau melepaskan peserta pertandingan kawad membentang hos di garis permulaan sebagai gimik upacara perasmian. Dalam ucapan perasmian, beliau menasihatkan kepada peserta kempen supaya memberi perhatian terhadap pencegahan dan keselamatan kebakaran khasnya di rumah kediaman dan menghayati panduan yang telah diberikan oleh penceramah sebagai persediaan bagi mengelak daripada berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini seperti kejadian kebakaran, kecederaan dan sebagainya. YS Ketua Balai BBP Lawas, En. Zaki Bin Hussin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah menjayakan kempen tersebut.

Jumaat, 13 Ogos 2010

LAWATAN MUHIBBAH BBP LAWAS, SARAWAK KE BBP SIPITANG, SABAH


























Pada 7 Ogos, 2010 rombongan dari BBP Lawas telah membuat Lawatan Muhibbah ke BBP Sipitang, Sabah yang mana melibatkan aktiviti-aktiviti sukan seperti Bola Tampar dan Sepak Takraw bermula pada sebelah pagi hingga tengahari. Objektif lawatan tersebut adalah untuk mengeratkan talisilaturahim di antara kedua-dua balai yang merupakan balai berdekatan walaupun berlainan negeri. Di samping itu dapat memupuk semangat setiakawan dalam memberi bantuan semasa berlakunya operasi kebakaran dan penyelamatan sekiranya diperlukan. Program seperti ini merupakan julung kali diadakan dan tertangguh pada tahun 2009 dan tahun ini ianya berjaya dilaksanakan setelah mendapat sokongan dan kelulusan daripada YS Pengarah Negeri Sarawak. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pegawai yang terlibat dalam menjayakan lawatan tersebut


LAWATAN TADIKA MING KWANG KE BBP LAWAS 29.07.2010








Lawatan Tadika Ming Kwang ke BBP Lawas pada 29 Julai, 2010 seramai 70 orang murid dan 7 orang guru pengiring telah berjaya dilaksanakan dengan mendapat perhatian semua murid dan juga guru. Dalam sesi lawatan tersebut mereka telah diberi peluang mendengar ceramah pencegahan serta tindakan apabila berlakunya kebakaran di samping diajar cara pegang nozel dan masuk ke dalam jentera bomba. Sementara guru-guru berpeluang membuat pemadaman dengan menggunakan alat pemadam api. Tahniah diucapkan.


Khamis, 8 Julai 2010

KEM KEPIMPINAN ITEGRASI 1 MALAYSIA SEK MEN TKT 4 PERINGKAT KEBANGSAAN [ZON MALAYSIA TIMUR] SARAWAK, SABAH DAN W.P.LABUAN 2010

Pada 23 Jun 2010, kira-kira jam 0800 pagi hingga 1600 petang, satu aktiviti berpangkalan iaitu 'Flying Fox' telah diadakan yang merupakan aktiviti dalam program Kem Kepimpinan 1 Malaysia Murid Sek. Men Tkt 4 Peringkat Kebangsaan [Zon Malaysia Timur] yang melibatkan Negeri Sarawak, Sabah dan W.P.Labuan. Pelajar terdiri daripada lelaki & perempuan seramai 140 orang sementara guru pengiring serta jurulatih seramai 58 orang di mana program tersebut diadakan bertempat di Pusat Kokurikulum Daerah Kem SK Purusia Lawas.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Lawas dijemput untuk menjayakan program tersebut yang melibatkan aktiviti berpangkalan iaitu 'Flying Fox' yang merupakan kali kedua di lokasi yang sama.

Selasa, 29 Jun 2010

Selasa, 9 Februari 2010

PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW TERTUTUP BBP LAWAS 2010


Pada 6 Februari, 2010 satu kejohanan iaitu Pertandingan Sepak Takraw Tertutup Bomba BBP Lawas telah diadakan bermula jam 0900 pagi hingga 1815 petang di mana 7 pasukan telah mengambil bahagian yang melibatkan seramai 23 orang pemain. Dalam pertandingan tersebut penganjur telah menyediakan hadiah berupa Piala iringan dan baju sukan yang ditaja oleh Encik Esmadi Bin Idrus untuk Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat. Pihak penganjur telah berpuashati di atas komitmen yang ditunjukkan oleh semua pemain walaupun pembentukan setiap pasukan adalah berdasarkan kepada undian. Semua pasukan telah menunjukkan permainan yang bersungguh-sungguh dalam setiap perlawanan yang dijalankan walaupun dalam keadaan cuaca yang panas.
Kejohanan ini adalah merupakan aktiviti tahunan selain daripada pertandingan badminton, bola tampar dan lain-lain di samping ianya bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dan persefahaman di kalangan pegawai dan anggota BBP Lawas khususnya. Johan pertandingan disandang oleh Pasukan Legacy yang diwakili oleh PBK Masli, PB Alim dan PB Awg Shamri. Naib Johan jatuh kepada Pasukan Landie terdiri daripada PB Matusop, PB Hj Sahdan dan PB Azmal. Tempat Ketiga ialah Pasukan DX-Fly diwakili oleh PB Saiful Dzamree, PB Azhar dan PB Mohd Ihsan Sabri dan tempat keempat jatuh kepada Pasukan Storm terdiri daripada PB Ladi, PB Azalan, PB Awg Arizal dan PB Awgku Kesuma. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan yang berjaya.