Balai Bomba dan Penyelamat Lawas telah dibekalkan jentera baru jenis Atego Mercedes daripada Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Negeri. Pada 24 Julai, 2009 kira-kira jam 1900 malam penghantaran dan penyerahan telahpun dilaksanakan dengan lancar yang mana YS Penolong Pengarah Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Tuan Law Poh Kiong serta rombongan turut bersama mengiringi penghantaran jentera tersebut yang dipandu oleh PB Azhar dan PB Liew iaitu dari Ibu Pejabat Kuching setelah menjalani kursus pemanduan selama dua hari. Penghantaran jentera baru ke BBP Lawas adalah merupakan satu sejarah bagi kami warga BBP Lawas yang mana sejak 1996 BBP Lawas mula beroperasi, belum pernah dibekalkan jentera baru. Dengan adanya jentera baru ini akan lebih meyakinkan lagi setiap operasi pemadaman dan penyelamatan. Ucapan terima kasih kepada YS Pengarah Negeri dan YS Penolong Pengarah Operasi Negeri di atas sokongan dan kelulusan penghantaran jentera baru tersebut ke BBP Lawas.
Rabu, 26 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
ada jentera baru lawa lah...
BalasPadamboleh pinjam kali ah....