Pada 17 Julai, 2011 lawatan kerja YS Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak Tuan Nor Hisham Bin Mohammad ke Balai Bomba dan Penyelamat Lawas telah berjalan lancar di mana YS Pengarah menerima tabik hormat dan seterusnya memeriksa perbarisan yang diketuai oleh PBK II Rary Binjie. Turut mengiringi YS Pengarah ialah YS Ketua Zon Limbang Tuan Anuar Shadzat Bin Merdzuki dan YS Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lawas En. Zaki Bin Hussin. Dalam lawatan tersebut YS Pengarah telah diberi taklimat oleh Ketua Balai dan memberi ucapan balas dan mengadakan sessi dialog bersama semua pegawai dan anggota yang hadir. Aturcara memuatkan penyampaian sijil perkhidmatan cemerlang kepada PBK II Rary Binjie dan PB Awang Adani Bin Damit dan penyampaian cenderahati daripada YS Ketua Balai kepada YS Pengarah. Ujian kemahiran untuk anggota bomba dijalankan di kawasan padang kawad yang dikendalikan oleh Tuan Sabarudin Bin Mohammad wakil Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri dan sebelum bersurai sessi bergambar bersama YS Pengarah diadakan sebagai tanda kenangan.
Selasa, 23 Ogos 2011
Isnin, 22 Ogos 2011
LAWATAN STAFF HOSPITAL LAWAS KE BBP LAWAS PADA 24 MAC, 2011
Lawatan staff Hospital Daerah Lawas ke Balai Bomba dan Penyelamat Lawas melibatkan seramai 30 orang telah berjaya menjalankan aktiviti ceramah keselamatan kebakaran dan demonstrasi penggunaan alat pemadam api. Walau bagaimanapun program seperti ini diadakan setiap tahun untuk mempastikan kemahiran di kalangan staff sentiasa pada tahap meyakinkan sekiranya menghadapi sebarang kecemasan sebelum pihak bomba tiba di tempat kejadian.
LAWATAN BBP SIPITANG SABAH KE BBP LAWAS PADA 05.03.2011
Rombongan dari BBP Sipitang Sabah telah mengadakan lawatan balas ke BBP Lawas pada 05 Mac, 2011 di mana sebelum ini lawatan BBP Lawas diadakan pada 07 Ogos, 2010 yang lalu. Aktiviti yang dijalankan ialah perlawanan persahabatan sepak takraw, bola tampar dan badminton bagi ahli Perisma. Objektif program seperti ini adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan pengawai dan anggota bomba Malaysia di antara kedua-dua negeri yang berjiran. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Yang Setia Ketua Zon Limbang Tuan Anuar Shadzat Bin Merdzuki bersama keluarga di mana beliau turut menyertai acara sepak takraw berganding dengan Ketua Balai Lawas.
SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1432H / 15 FEBRUARI, 2011 PERINGKAT DAERAH LAWAS
Perarakan Sambutan Maulidurrasul 1432H peringkat Daerah Lawas diadakan setiap tahun. Di samping itu diadakan pertandingan sepanduk melibatkan beberapa kategori seperti antara Jabatan Kerajaan dan Swasta, Sekolah Menengah, Sekolah Rendah dan Kampung-kampung. Dalam kategori Jabatan, Balai Bomba dan Penyelamat Lawas telah mendapat Naib Johan yang mana hadiah disampaikan oleh YB Datuk Amar Hj Awang Tengah Bin Ali Hassan Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II & Menteri Kemudahan Awam Sarawak.
PEMILIHAN PERTANDINGAN KAWAD KECEKAPAN PERINGKAT BALAI 19.03.2011
Pada 19 Mac, 2011 pemilihan peseta Pertandingan Kawad Kecekapan telah dilaksanakan di luar balai di mana semua anggota termasuk Ketua Balai dan penyelia terlibat di dalam larian 4 kilometer dengan membawa segulung hos hantaran. Larian tersebut dibuat dengan dua kumpulan bagi memastikan pasukan standby berada di balai semasa larian bermula.
PROGRAM SEJIWA SENADA PERINGKAT BAHAGIAN LIMBANG 11 HINGGA 13 FEBRUARI 2011 DI DAERAH LAWAS
Pada 11 hingga 13 Februari, 2011 Satu Program Sejiwa Senada Peringlat Bahagian Limbang telah diadakan di Daerah Lawas. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pameran yang melibatkan agensi kerajaan dan swasta. Balai Bomba dan Penyelamat Lawas mewakili Jabatan Bomba turut menyertai pameran tersebut selama dua hari. tapak pameran telah dikunjungi oleh YB Datuk Amar Hj Awang Tengah Ali Hassan, YB Dato' Henry Sum Agong, YB Tuan Hj Hasbi Bin Habibollah dan YB Dr Rahman Bin Hj Ismail.
Rabu, 17 Ogos 2011
PAMERAN KESELAMATAN KEBAKARAN DI DEWAN MASYARAKAT TRUSAN, LAWAS
Pada 29 Januari, 2011 satu pameran diadakan di Dewan Masyarakat Trusan, Lawas yang mana melibatkan agensi kerajaan dan swasta. Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato' Henry Sum Agong Ahli Parlimen P222 Lawas dan Jabatan Bomba tidak ketinggalan turut serta dalam program tersebut.
Langgan:
Catatan (Atom)