Pada 7 Ogos, 2010 rombongan dari BBP Lawas telah membuat Lawatan Muhibbah ke BBP Sipitang, Sabah yang mana melibatkan aktiviti-aktiviti sukan seperti Bola Tampar dan Sepak Takraw bermula pada sebelah pagi hingga tengahari. Objektif lawatan tersebut adalah untuk mengeratkan talisilaturahim di antara kedua-dua balai yang merupakan balai berdekatan walaupun berlainan negeri. Di samping itu dapat memupuk semangat setiakawan dalam memberi bantuan semasa berlakunya operasi kebakaran dan penyelamatan sekiranya diperlukan. Program seperti ini merupakan julung kali diadakan dan tertangguh pada tahun 2009 dan tahun ini ianya berjaya dilaksanakan setelah mendapat sokongan dan kelulusan daripada YS Pengarah Negeri Sarawak. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pegawai yang terlibat dalam menjayakan lawatan tersebut
Jumaat, 13 Ogos 2010
LAWATAN MUHIBBAH BBP LAWAS, SARAWAK KE BBP SIPITANG, SABAH

LAWATAN TADIKA MING KWANG KE BBP LAWAS 29.07.2010
Lawatan Tadika Ming Kwang ke BBP Lawas pada 29 Julai, 2010 seramai 70 orang murid dan 7 orang guru pengiring telah berjaya dilaksanakan dengan mendapat perhatian semua murid dan juga guru. Dalam sesi lawatan tersebut mereka telah diberi peluang mendengar ceramah pencegahan serta tindakan apabila berlakunya kebakaran di samping diajar cara pegang nozel dan masuk ke dalam jentera bomba. Sementara guru-guru berpeluang membuat pemadaman dengan menggunakan alat pemadam api. Tahniah diucapkan.
Langgan:
Catatan (Atom)