Ceramah pencegahan kebakaran, cara-cara menyelamat mangsa dan demonstrasi penggunaan alat pemadam api adalah antara latihan yang ditunjukkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia , Lawas kepada murid-murid dan guru-guru di SK Kampung Seberang Kuala Lawas pada 01 Julai 2009 kiri-kira jam 0900 pagi yang melibatkan seramai 114 orang murid termasuk guru. Aktiviti program ini sememangnya diadakan setiap tahun mengikut jadual yang ditetapkan oleh Jabatan Bomba dan juga permohonan daripada pihak sekolah. Murid-murid dan guru-guru berpeluang untuk mencuba memadam kebakaran di peringkat awal dengan menggunakan alat pemadam api supaya dapat bertindak sebelum ketibaan pihak bomba apabila berlakunya kecemasan. Pengungsian bangunan juga diterangkan kepada pihak sekolah supaya dapat melepaskan diri sekiranya dalam situasi kecemasan.
Khamis, 16 Julai 2009
Langgan:
Catatan (Atom)